Monday, September 1, 2008

AL-AQSA DICABULI


MASJID AL-AQSA

Masjid Al-Aqsa, di Baitulmaqdis, kiblat pertama umat Islam dan masjid ketiga terpenting bagi umat Islam dan satu-satunya masjid yang disebut dalam Al-Quran.
Pada 21 OGOS setiap tahun, umat Islam memperingati peristiwa pembakaran masjid tersebut oleh seorang Yahudi berbangsa Australia, MICHAEL DENNIS ROHAN.
Dalam peristiwa itu, sebahagian besar dari bangunan utama masjid telah terbakar dan apinya merebak ke bahagian lain. Namun azam penduduk Islam dan Kristian Palestin yang berpadu tenaga akhirnya berjaya memadamkan api dari terus memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
Menurut seorang pemerhati yang menyaksikan kejadian itu, pihak berkuasa Israel telah serta merta memotong bekalan air sebaik sahaja api mula membakar bangunan masjid dan menghalang ratusan penduduk Arab yang mahu turut sama menyertai usaha memadamkan kebakaran.
Kebakaran itu bagaimanapun telah memusnahkan beberapa artifak penting sejarah Islam yang tersimpan di dalam masjid berkenaan.
Ketika itu pihak Israel mengeluarkan kenyataan kebakaran itu telah diakibatkan oleh litar elektrik tetapi sekumpulan jurutera yang memeriksa kebakaran itu mendapati bahawa ia dilakukan oleh manusia.
Atas desakan, Michael Dennis Rohan ditangkap dan didakwa di sebuah mahkamah Israel. Rohan yang mengatakan dia membakar masjid itu kerana Nabi Isa a.s yang mengutusnya supaya orang Yahudi dapat membina kuil Yahudi di situ, diputuskan oleh mahkamah sebagai gila dan dihantar kembali ke Australia dan tidak diketahui sama ada dihukum oleh pihak berkuasa Australia.

Sunday, August 10, 2008



ALHAMDULILLAH!!!


Yes!!! Yes!!! Yes!!!


Akhirnya siap jugak blog ana ni....

Walaupun memanglah x menarik...

Tapi cukuplah untuk menyegarkan mata ana....

Dan yang paling utama untuk terus memperjuangkan dakwah...

Di samping menceritakn serba sedikit tentang hidup seharian ana...